Saturday, January 2, 2010

Friday, January 1, 2010

:: Info Sekolah Rendah Islam 2 ::



SEKOLAH RENDAH ISLAM II FELDA MATA AIR

Lokasi sekolah ini terletak kira-kira 32 kilometer dari bandar Kangar. Mula ditubuhkan pada 6 Januari 1997 atas inisiatif penduduk Felda Mata Air.Guru Besar yang pertama ialah Encik Hamzah bin Jusuh. Asal bangunan sekolah ini adalah bangunan sekolah agama rakyat dengan keluasan 0.5806 hektar.

Pengurusan dan pentadbiran sekolah ini telah diserah kepada Yayasan Islam Perlis dan telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendidikan Perlis.Yayasan Islam Perlis bertanggungjawab menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan . Sekolah ini menitik beratkan pengajiaan Qiraati dan Al-Quran serta Bahasa Arab disamping mata pelajaran akademik yang lain. Masa pembelajaran bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 4 petang setiap Isnin hingga Khamis. Manakala, 7.45 pagi hingga 12.00 tengahari pada hari Jumaat.

Di awal pembukaannya sekolah ini telah mempunyai seramai 48 orang murid dan 6 orang tenaga pengajar.bilangan ini semakin bertambah setiap tahun dan pada tahun 2008 sekolah ini mempunyai 166 murid yang terdiri dari setiap kelas iaitu tahun 1 hingga tahun 6.

Mulai 1 Januari 2005 ,Sekolah Rendah Islam II telah mendapat status Sekolah Bantuan Modal Kerajaan (SABK).Pihak sekolah juga telah mendapat kelulusan dari Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPN) untuk menyertai aktiviti Kawasan Pelajaran Padang Besar (U). Pihak sekolah mula menerima bantuan modal daripada Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Corak pentadbiran sekolah juga turut berubah dari segi bidang kuasa kewangan dan pentadbiran sekolah lebih kepada corak pentadbiran sekolah-sekolah kerajaan yang lain.

Dengan kelulusan daripada pihak Felda, bangunan baru sekolah dapat dibina. Pada 17 Disember 2007 satu majlis penyerahan bangunan baru dan kantin sekolah diadakan oleh Jabatan Kerja Raya kepada Jabatan Pelajaran Perlis seterusnya kepada pihak Sekolah Rendah Islam II. Bangunan sekolah tersebut mula digunakan pada 01 Januari 2008 untuk bilik darjah dan bilik pentadbiran sekolah.


source : SRI 2